fbpx
Suasana di sekitar kawasan rusahan yang dikongsi di TikTok AyieTDF.

[VIDEO] Rakyat Malaysia kongsi detik cemas terkandas di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia menceritakan detik-detik cemas keadaan di Kathmandu, Nepal berlaku rusuhan sejak Isnin lalu.

Melalui beberapa hantaran di TikTok @AyieTDF, dia kini bersama beberapa lagi rakyat Malaysia yang berada di Kathmandu bagi menghadiri satu persidangan.

Katanya, buat masa ini mereka masih lagi belum dapat pulang ke tanah air susulan lapangan terbang negara itu ditutup.

“Kami kini terkandas di sebuah hotel di Kathmandu gara-gara rusuhan yang berlaku di Nepal

“Hotel untuk persidangan dekat sini, tapi hotel untuk penginapan kami di Aryatara di kawasam yang bernama Thamel,” katanya dalam satu hantaran di TikTok semalam.

Ayie berkata, bagaimanapun keadaan semalam lebih tenang berbanding Selasa lalu yang mana rusuhan menyebabkan lebih kurang 20 individu telah kehilangan nyawa.

“Bagaimanapun kemusnahan yang berlaku lebih teruk berbanding semalam kerana perusuh sudah menyerang bangunan Parlimen dan hotel-hotel besar

“Jadi kami di hotel ini agak takut juga. Macam sekarang dari petang tadi habis program daripada pukul 5, kami belum balik ke hotel,” katanya.

Katanya, mereka juga tidak boleh pulang ke negara asal berikutan lapangan terbang juga sudah ditutup.

“Kedutaan Malaysia pun cakap keadaan terkawal lagi. Memang terkawal tapi kami yang rasa tak selamat sekarang.

“Jadi, sekarang ini kami tunggu kenderaan atau tunggu keadaan di luar reda sebab pintu hotel juga ditutup tak boleh nak keluar,” katanya.

Terdahulu, protes bermula Isnin lalu di ibu negara Nepal bagi membantah sekatan kerajaan ke atas media sosial dan berhubung isu rasuah.- KOSMO! ONLINE

@ayietdf maaf tak sempat nak attach video tambahan. terlalu penat. next video la ok? 😉 #hyekerangsss ♬ original sound – AyieTDF (HIV/AIDS Counselor)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI