fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah berdepan aksi sukar ketika menentang Febriana-Meilysa sebentar tadi. - AFP

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah bergelut ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan misi mempertahankan kejuaraan selepas melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Hong Kong Coliseum sebentar tadi, pasangan No.2 dunia itu menang 21-18, 21-17 ke atas Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari dari Indonesia.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah bagaimanapun dipaksa bekerja keras apabila diberikan tentangan sengit sebelum menang dalam tempoh 36 minit.

Aksi ditampilkan naib juara dunia itu jelas menunjukkan mereka masih mengekalkan momentum, sama seperti ketika beraksi pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis hujung bulan lalu.

Menjelang suku akhir esok, Pearly-Thinaah akan menantikan pemenang perlawanan antara Hsu ya Ching-Sung Yu Hsuan dari Taiwan dan satu lagi beregu negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Turut melangkah ke suku akhir adalah beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King yang menewaskan rakan sepasukan, Choong Hon Jian-Haikal Nazri 21-17, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN