fbpx
PIASTRI diarahkan pasukan supaya membenarkan Norris memintasnya pada saingan GP Itali di Litar Monza minggu lalu. - AFP

‘Team order’ McLaren dikecam Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff mendakwa McLaren sudah menunjukkan contoh tidak baik pada perlumbaan Grand Prix (GP) Itali yang berlangsung di Litar Monza minggu lalu.

Pada perlumbaan itu, McLaren memberikan arahan kepada Oscar Piastri supaya membenarkan Lando Norris memintas jenteranya bagi membolehkan pelumba Britain itu menamatkan saingan di tempat kedua.

Norris dipintas Piastri ketika perlumbaan atas kesilapan pasukan semasa melakukan hentian pit, namun dia kembali mendapatkan semula kedudukan asalnya selepas pasukan mengeluarkan arahan.

Bagaimanapun, tindakan dibuat McLaren mengundang rasa kurang selesa pasukan-pasukan lain yang menyifatkan ia mampu merosakkan perlumbaan Formula Satu (F1) yang dianggap sebagai kompetitif.

“Tidak ada yang betul ataupun salah, cuma saya bimbang mengenai kesan daripada tindakan seperti ini. Anda (McLaren) memberikan satu contoh yang memang sukar untuk diubah semula selepas ini.

“Sekiranya pasukan melakukan kesilapan-kesilapan lain, adakah anda mahu mengubah kedudukan pelumba sesuka hati? Bagi saya, tidak adil pelumba lain kehilangan mata gara-gara kesilapan pasukan,” kata Wolff.

Tambah beliau, pasukan tidak sepatutnya membuat keputusan sesuka hati kerana pelumba perlu diberikan kebebasan untuk berlumba secara adil, sama seperti dilakukannya ketika Nico Rosberg dan Lewis Hamilton merebut kejuaraan dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN