fbpx
Remy hairan dengan budaya kerja pelakon generasi baharu sekarang yang disifatkannya tidak serius dan mengejar populariti semata-mata.

‘Susah nak jumpa yang serius sekarang, nak terasa, silakan..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lantang bersuara, pelakon Datuk Remy Ishak hairan dengan budaya kerja pelakon generasi baharu yang kebanyakan mereka ‘tiada jiwa’ dan ibaratnya, hanya mengejar populariti semata-mata.

Menurut Remy, 43, atau nama sebenarnya, Muhammad Zalimei Ishak, ramai pelakon baharu zaman sekarang tidak bersedia untuk berkecimpung secara serius dalam dunia lakonan.

“Susah nak jumpa yang betul-betul serius sekarang ini, maaf saya cakap, kalau nak terasa, terasalah. Tapi saya sudah jumpa ramai pelakon yang tidak bersedia.

“Kita mahu membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat yang lebih baik, jadi cubalah memberikan yang terbaik. Saya pun tak tahu mereka duduk dalam industri nak kejar apa. Kita kenalah serius kalau nak berlakon.

“Kalau setakat mahu popular, awak ada media sosial dan awak layan platform awak sajalah, tak perlu nak berlakon sebab kita perlu serius dan tahu kerja kita,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui sidang media pengumuman pelakon dan pasukan produksi filem Khadam, semalam.

Dalam masa sama, pelakon filem Pulang itu menegaskan walaupun dirinya bukan graduan sekolah filem, setiap pelakon tetap perlu bertanggungjawab terhadap kerjaya masing-masing.

“Saya pun bukan lepasan atau graduan sekolah filem, tapi bila bekerja, kita kena bertanggungjawab.

“Susah dah nak jumpa pelakon macam Maya Karin, Erma Fatima, Umie Aida, malah pelakon seperti Liyana Jasmay dan Sharifah Sakinah juga bagus.

“Pelakon ‘batch’ ini dan ke atas, antara yang terbaik yang kita ada sebab kami berada di zaman yang menghargai filem,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Remy turut memuji komitmen pelakon Indonesia iaitu Aghniny Haque yang bakal bergandingan dengannya dalam filem terbaharu berjudul Khadam.

“Ketika kami buat ‘script reading’ baru-baru ini, dia (Aghniny) sudah memberi. Itu baru baca skrip. Saya rasa macam gila orang ini.

“Masa kita baca skrip, kita ada imaginasi masing-masing, jadi semua pelakon berkumpul, baca skrip dan tonjolkan karakter. Bila giliran dia, apa yang dia bagi, kita boleh rasa.

“Jadi dia memang bersesuaian dengan cerita ini,” jelasnya.

Bercerita mengenai Khadam, Remy akan mula menjayakan penggambaran filem seram terbitan kerjasama Red Communications dan Komet Productions bersama Aghniny yang popular menerusi filem seperti KKN Desa Penari dan Pemandi Jenazah.

Khadam yang menggabungkan kisah mistik Nusantara arahan Shamyl Othman dan tulisan, Fariza Azlina Ishak itu turut dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaff dan Karl El. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI