fbpx
Tangkap layar beberapa komen yang dikecam hebat oleh pengguna media sosial yang lain.

‘Sudah-sudahlah jadi batu api, patut bersyukur Malaysia masih aman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sejumlah hantaran di media sosial yang menyuarakan hasrat mahu Malaysia menjadi seperti Nepal mencetuskan kecaman hebat orang ramai.

Mana tidaknya, pandangan itu dianggap sebagai batu api yang boleh menggugat keharmonian negara.

Rata-rata rakyat Malaysia menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak sensitif dan berbahaya, kerana Malaysia selama ini dikenali sebagai sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana aman serta saling menghormati.

“Jangan jadikan Malaysia tempat untuk uji cuba ideologi. Kita patut syukur dengan keamanan sedia ada, bukan bandingkan dengan negara lain seolah-olah kita mahu mencetuskan ketidakstabilan,” tulis Hashim.

“Negara lain semua dalam keadaan tidak ok, bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia masih lagi hidup aman, masih lagi dapat bersama keluarga. Jauhkanlah musibah macam ni dari Malaysia, semoga terus aman,” komen Haiqal pula.

Ada juga yang menegaskan bahawa tindakan menyamakan Malaysia dengan situasi politik dan sosial di Nepal hanya akan membuka ruang kepada perpecahan dalam masyarakat.

“Ini bukan masanya untuk bermain dengan api. Malaysia perlu terus diperkukuh dengan nilai perpaduan, bukan diprovokasi dengan perbandingan yang boleh mengundang salah faham,” kata Nurul Azwa pula.

“Jangan nak jadi batu api, sibuk nak Malaysia jadi macam Nepal, macam seolah-olah tak bersyukur langsung dengan nikmat keamanan dekat Malaysia ni,” komen Nabil.

Sebelum ini, penunjuk perasaan di Nepal membakar Parlimen dan memaksa Perdana Menterinya meletak jawatan.

Protes bermula Isnin lalu di ibu negara Nepal bagi membantah sekatan kerajaan ke atas media sosial dan berhubung isu rasuah.

Bagaimanapun, ia memuncak menjadi kemarahan di seluruh negara dengan bangunan kerajaan dibakar selepas tindakan keras meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa.

Hampir 200 orang dipercayai cedera dalam pertempuran dengan polis yang menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan peluru hidup ketika penunjuk perasaan memanjat dinding Parlimen serta bangunan rasmi lain, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN