fbpx
Fadil bercakap pada sidang akhbar di Kampung Sungai Baru, hari ini.

Siapa buat kacau, saya lawan habis-habisan – Ketua Polis KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang mencetuskan provokasi sehingga mengganggu kelancaran operasi pengosongan membabitkan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, operasi berkenaan dilaksanakan mengikut perintah mahkamah dan pihaknya akan bertindak ‘very strict, very firm’ sekiranya terdapat cubaan menentang arahan itu.

“Pengosongan ini perlu dibuat hari ini, apa cara sekalipun. Kalau ada pihak yang sengaja mencetuskan kekacauan, saya akan lawan habis-habisan. Saya tidak akan benarkan perkara seperti ini berlaku.

“Tindakan mencederakan pegawai saya dengan membaling objek adalah perkara yang saya cukup marah. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita hanya melaksanakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Fadil, Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala seorang individu pula difahamkan mengalami kecederaan ringan.

Beliau tidak menolak wujud penglibatan pihak luar yang hadir ke kawasan operasi dan cuba menimbulkan huru-hara.

“Malah, penduduk sendiri mengatakan ada orang luar yang buat benda-benda begini. Itu yang kita tidak mahu berlaku. Semua pihak perlu faham ini adalah proses undang-undang, bukan tindakan sesuka hati,” katanya.

Tambahnya, polis bersama agensi berkaitan tetap akan membantu penduduk yang mempunyai kesukaran berpindah, termasuk golongan warga emas.

Setakat tengah hari, keadaan masih terkawal namun polis menegaskan tiada toleransi kepada mana-mana pihak yang berdegil atau melanggar undang-undang sepanjang operasi berlangsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN