fbpx
Suzilme Affendy cedera di dahi semasa berlaku kekecohan di operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Serang, cederakan penjawat awam perbuatan keji – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri menyifatkan insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berhimpun secara aman mesti tidak harus disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

Beliau berkata, keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat.

“Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

“Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di laman X di sini hari ini.

Justeru Anwar berkata, pihaknya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman.

Terdahulu, Suzilme Affendy cedera ketika mengawal keadaan sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, hari ini.

Kejadian berlaku susulan kekecohan akibat rempuhan penduduk yang mendesak untuk masuk ke kawasan operasi berkenaan.

Suzilme Affendy dilihat mengalami luka di dahi dikatakan akibat terkena batu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI