fbpx
Tempoh reman seorang suspek lelaki yang merupakan bapa bagi dua beradik yang meninggal dunia selepas lemas dalam kenderaan mengelongsor di Sungai Linggi, Tanjung Agas, di sini, baru-baru ini telah disambung selama lima hari.

Reman bapa dua beradik lemas di Tanjung Agas disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Tempoh reman seorang suspek lelaki yang merupakan bapa bagi dua beradik yang meninggal dunia selepas lemas dalam kenderaan mengelongsor di Sungai Linggi, Tanjung Agas, di sini, baru-baru ini telah disambung selama lima hari.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, permohonan lanjutan tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah itu diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson, pagi tadi.

“Suspek lelaki berusia 46 tahun disambung reman lima hari sehingga 16 September ini, manakala, suspek wanita berusia 41 tahun itu yang merupakan kekasih suspek lelaki disambung reman selama empat hari hingga 15 September ini.

“Ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN