PETALING JAYA – Orang ramai memanfaatkan sepenuhnya pemberian kredit RM100 melalui bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dengan memborong beras, mi segera, gula dan biskut kering berbanding keperluan lain hingga menyebabkan bekalan itu kehabisan lebih cepat di sesetengah kawasan. Tinjauan Kosmo! mendapati barangan keperluan itu menjadi pilihan utama untuk ditebus memandangkan ia tahan lama dan boleh menampung stok makanan bagi sesebuah keluarga untuk tempoh tertentu. Selain itu, barangan lain yang menjadi pilihan pengguna termasuk tepung, roti, telur, minyak masak dan minuman.……