fbpx
GAMBAR pada 5 Mei lalu menunjukkan Masjid Besar Paris. – AFP

Rakyat asing letak kepala babi di Masjid Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – ‘Warganegara asing yang segera meninggalkan negara ini’ adalah dalang di sebalik penemuan kepala babi di luar sebilangan masjid di wilayah Paris, kata pejabat pendakwa raya  kepada AFP semalam.

Motif kejadian adalah untuk mencetuskan kekacauan di Perancis.

Pendakwa raya membuka kertas siasatan selepas sembilan kepala babi ditemui di luar sebilangan masjid pada Selasa lalu, dalam insiden yang mencetuskan kebimbangan mengenai peningkatan kebencian terhadap orang Islam.

Seorang petani di wilayah Normandy, utara Perancis memberitahu polis bahawa dua orang di dalam sebuah kenderaan ‘dengan apa yang kelihatan seperti nombor plat Serbia’  membeli beberapa kepala babi daripadanya, kata pejabat pendakwa raya sekali gus mengesahkan laporan awal stesen penyiaran BFMTV.

“Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka tiba di Paris dengan menaiki kenderaan sama sebelum ‘meninggalkan kepala-kepala tersebut di hadapan beberapa masjid’,” katanya.

Suspek dipercayai menggunakan talian telefon Croatia dan dikesan melintasi sempadan Perancis-Belgium pagi Selasa lepas, ‘selepas jenayah dilakukan’, kata pejabat pendakwa raya.

Polis membuka siasatan kerana jenayah hasutan kebencian melibatkan diskriminasi kaum atau agama, kata ketua polis Paris,  Laurent Nunez selepas insiden itu.

Perancis menempatkan komuniti Muslim terbesar di Eropah, serta populasi Yahudi terbesar di luar Israel dan Amerika Syarikat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN