fbpx
Saarani bercakap pada sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTAPHA

Perak perlu ribuan jurukimpal, fokus TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perak memerlukan ribuan jurukimpal atau welder untuk memenuhi pelbagai projek mega yang sedang dirancang di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, antara projek yang memerlukan kemahiran itu ialah Pembangunan Kompleks Terminal Penggasan Semula (RGT) Ketiga negara di Lumut yang diusahakan oleh Petronas.

Katanya, kerajaan negeri kini giat mempromosikan kursus pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) kepada para guru dan ibu bapa supaya melihat potensi TVET terhadap murid serta anak-anak.

“Kita memang buat sehabis baik untuk mengetengahkan TVET ini. Kita tidak mahu para pelabur memperlekehkan usaha kita,” katanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini ketika menjawab soalan daripada Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik) yang bertanyakan mengenai TVET di negeri Perak.

Saarani turut menyebut beberapa lagi projek mega seperti Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim selain rancangan pembinaan pengaliran air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah bagi memenuhi keperluan air di utara Perak.

Jelasnya, terdapat lebih 100 institut pendidikan tinggi di negeri Perak dengan lebih 60 daripada bilangan tersebut menawarkan pelbagai bidang TVET seperti Kolej Komuniti dan Giat Mara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN