fbpx
Mohamad Suzrin

Pengusiran Kampung Sungai Baru: PGA sedia turun kawal kekecohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) bersedia menggerakkan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengawal keadaan berhubung operasi pengusiran di Kampung Sungai Baru, di sini.

Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, pihaknya akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan bagi mengelakkan kekecohan berlaku.

“Jika kita mendapat permintaan daripada kontinjen semestinya PGA akan bantulah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Ujian Rentas Halangan KDNKA di Markad Briged Tengah PGA, Cheras, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera semasa mengawal keadaan ketika operasi pemotongan bekalan elektrik di beberapa rumah di Kampung Sungai Baru di sini.

Sulizmie dilihat mengalami luka berdarah di bahagian kepala.

Terdahulu, suasana tegang menyelubungi kawasan luar Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini pagi ini apabila baki 15 penduduk berdepan tindakan pengusiran selepas enggan berpindah dari kediaman mereka.

Ini merupakan kali kedua operasi pengusiran dilaksanakan selepas cubaan pertama pada 16 Julai lalu bagi mengeluarkan 14 keluarga gagal.

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru oleh KLCG sebelum ini mendapat tentangan sebahagian penduduk walaupun majoriti sudah menerima tawaran pampasan dan berpindah keluar lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI