fbpx
Media mula berada di luar perkarangan sekolah SMKA Tun Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut seawal pukul 7 pagi. -Foto IVAN AMIRUL

[VIDEO] Pengamal media mula berkumpul di SMKA Tun Datu Mustapha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PAPAR – Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Kinarut menjadi perhatian umum apabila semua pihak terlibat inkues kematian remaja perempuan, Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan mengadakan lawatan ke lokasi kejadian pagi ini.

Tinjauan di hadapan sekolah mendapati pihak media mula hadir memenuhi kawasan luar sekolah seawal pukul 7 pagi.

Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga dilihat melaksanakan kawalan keselamatan bagi memastikan proses locus in quo (prosiding luar mahkamah) berjalan lancar.

Lawatan itu akan dihadiri Koroner Amir Shah Amir Hassan, barisan peguam dan pihak berkepentingan yang terlibat di dalam prosiding inkues dan mereka dijangka tiba di lokasi kejadian sekitar pukul 9.30 pagi.

Ia bagi mendapat gambaran sebenar dan lebih jelas mengenai insiden kematian Allahyarham Zara Qairina.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN