fbpx
Anggota penguat kuasa sedang mengumpulkan peralatan rawa sorong dirampas dalam Ops Hurricane.

Ops Hurricane : Jeti nelayan jadi ‘lubuk’ rawa sorong digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Tiga jeti di sekitar daerah ini digempur menerusi Ops Hurricane selepas dikatakan menjadi ‘lubuk’ penggunaan peralatan penangkapan ikan dilarang termasuk rawa sorong, kelmarin.

Operasi selama dua hari di Bagan Nakhoda Omar, Jeti Nelayan Sungai Nipah dan Bagan Parit Baru berjaya merampas peralatan tersebut dianggarkan RM97,000.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, pemeriksaan di beberapa jeti terpilih tersebut berdasarkan aduan dan maklumat risikan.

Katanya, ia dilaksanakan dengan kerjasama Maritim Malaysia (APMM) Selangor dan Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dengan melibatkan 50 anggota penguatkuasa keseluruhannya.

“Hasilnya, kita berjaya menyita tujuh unit vesel enjin rotor berserta peralatan menangkap ikan rawa.

“Selain itu, empat set peralatan menangkap ikan rawa sorong serta 450 unit bubu naga. Kesemua barang sitaan telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 [Akta 317] dan Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 (Pindaan 2024).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI