fbpx
JAIRO DA SILVA melakukan tendangkan akrobatik walaupun diasak pertahanan Penang FC, Stefano Brundo pada perlawanan Liga Super 25/26 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Liga Super: JDT benam Harimau Kumbang 6-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol membelasah Penang FC 6-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Gol pertama JDT hadir pada minit kesembilan setelah hantaran lintang Arif Aiman Hanapi berjaya disambut Jairo Da Silva yang menanduk bola menerjah gawang lawan.

Pada minit ke-18, giliran Arif Aiman meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila rembatan deras ke penjuru pintu gol lawan melepasi jangkauan penjaga gol, Khairulazhan Mohd. Khalid.

Pemain paling berharga (MVP) itu menambah jaringan peribadinya setelah memanfaatkan umpanan Nacho Mendez dan mudah menewaskan Khairulazhan pada minit ke-31.

Dua minit berselang, kesilapan dilakukan Khairulazhan yang membuat hantaran pendek kepada pemain pertahanan disambar Joao Figueiredo sebelum melepaskan rembatan ke gawang yang tidak dikawal.

Sebelum wisel ditiupkan, Irazabal menambah derita buat pasukan pelawat apabila menyudahkan sepakan sudut diambil Hector Hevel menjadikan kedudukan 5-0.

Bersambung babak kedua, gol keenam JDT hadir pada minit ke-52 hasil jaringan Antonio Glauder setelah pemain pertahanan itu yang tidak dikawal berada di posisi tepat untuk menolak bola tersebut ke gawang Penang.

Keputusan 6-0 kekal sehingga ke wisel penamat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN