fbpx
GAMBAR HIASAN

Penagih dadah lari serbuan polis cedera terjun tingkat dua PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Dua daripada tiga penagih dadah cedera selepas mereka terjun dari tingkat dua bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang di sini semalam semasa melarikan diri daripada serbuan polis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam semasa sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang melaksanakan Ops Tapis di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dikesan semasa operasi dijalankan di tingkat dua blok perumahan tersebut.

Katanya, dua daripada suspek bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bangunan tersebut.

“Tindakan bahaya itu mengakibatkan salah seorang suspek mengalami kecederaan ringan dan seorang lagi suspek sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dekat sini.

“Ketiga-tiga suspek ditahan bersama rampasan pil kuda. Tindakan melarikan diri dengan cara membahayakan nyawa sendiri merupakan perbuatan yang tidak wajar dan boleh membawa risiko maut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo berkata, ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN