fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor hari ini.FOTO:SADDAM YUSOFF

Kes inap desa: Tugas polis terbabit dihadkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pegawai dan beberapa anggota polis yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan barangan di inap desa banglo telah dihadkan bidang tugasan mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berkenaan kes berkenan masih berjalan dengan beberapa kenyataan telah diambil setakat ini.

“Tetapi kes tersebut belum selesai lagi. Kesemua yang terlibat (disiasat sebelum ini) masih dikekalkan melaksanakan tugasan harian mereka cuma dihadkan bidang-bidang tugas mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan bersama beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan selepas didakwa terlibat dalam kehilangan barangan peribadi bernilai ratusan ribu ringgit dari inap desa berkenaan.

Menurut Shazeli, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan pada 29 Ogos lalu berhubung kejadian itu.

Katanya, aduan awal diterima daripada jiran sekitar lokasi yang memaklumkan wujud gangguan bunyi bising kerana aktiviti hiburan yang dipercayai berlangsung dari tengah malam sehingga awal pagi.

Ketika ditanya mengenai terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika serbuan dilakukan pegawai dan anggota polis tersebut, Shazeli enggan mendedahkannya.

“Itu saya tidak boleh didedahkan lagi kerana masih dalam peringkat siasatan pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Selangor,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, beliau memaklumkan pihaknya masih menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri berhubung kes pelajar tingkatan tiga yang jatuh di asrama sebuah sekolah di Sabak Bernam selepas kertas siasatan diserahkan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN