fbpx
Tangkap layar dua beradik kembar didakwa dipaksa ibu tiri tidur di kaki lima flat dan ditutup mata sambil makan.

Kembar dijaga JKM jika ada unsur abai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasangan kembar yang tular tidur di kaki lima luar rumah, sebuah pangsapuri di Balik Pulau di sini kemungkinan akan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, kes membabitkan pasangan kembar lelaki berusia lapan tahun itu bagaimanapun masih dalam siasatan polis namun pihaknya sentiasa memantau keadaan mangsa terbabit.

Menurutnya, sehingga kini dua beradik itu masih ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut.

“Dikatakan tiada unsur dera namun laporan secara rasmi perlu ada. Jika tiada sangkut kes dera, JKM akan siasat unsur pengabaian dan lain-lain.

“Sekiranya ada berlaku pengabaian, JKM akan segera ambil kanak-kanak untuk diselamatkan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, pihaknya setakat ini belum menerima rujukan dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan di hospital namun kedua-dua mangsa masih dalam pemerhatian JKM.

“Sehingga itu juga, JKM akan melaksanakan dan melengkapkan laporan jika terdapat unsur pengabaian dan lain-lain.

“Ya (akan dapatkan perintah jagaan sementara oleh JKM). itu antara alternatif sekiranya laporan Pelindung menjurus kepada pengabaian dan lain-lain di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” ujarnya.

Semalam,media melaporkan pasangan kembar lelaki yang tular tidur di luar kaki lima rumah berpunca selepas mereka dimarahi ibu tiri akibat bermain api di dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pemeriksaan awal terhadap kanak-kanak berusia lapan tahun itu tidak menemukan kesan lebam atau kecederaan fizikal.

Jelasnya, siasatan juga mendapati pasangan kembar lelaki itu dipercayai dijaga ibu tiri yang berusia 39 tahun bersama bapa kandung mereka.

“Isu kejadian mata ditutup semasa makan pula disebabkan mangsa tidak suka makan sayur lalu suspek menutup mata agar mangsa makan sayur-sayuran. Selain itu, mangsa menyatakan tidak pernah didera oleh saspek,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI