fbpx
Kesesakan yang berlaku di Lebuh Raya KLK dari Genting Sempah ke Gombak pagi ini.

Kemalangan KLK: Lebih sejam kenderaan tak bergerak hala Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesesakan luar biasa berlaku lebih sejam di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak (KLK) pagi ini susulan kemalangan yang berlaku di Kilometer 31.2 arah barat dari Genting Sempah ke Gombak.

Menurut laporan awal Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), insiden yang dilaporkan sekitar pukul 7.24 pagi itu melibatkan beberapa kenderaan dan menyebabkan lorong tengah serta kanan arah barat terhalang sepenuhnya.

LLM menambah, dalam masa sama, lorong kanan arah timur turut terhalang.

Menerusi siaran langsung pengguna TikTok, Arizz Hakimi ketika ini, dia memaklumkan sudah terperangkap di dalam kesesakan lebih sejam dan hanya pengguna motosikal sahaja dibenarkan melalui kawasan kemalangan.

Dalam siaran langsung tersebut, deretan kenderaan dilihat tidak bergerak dan ada pengguna yang keluar dari kereta masing-masing sementara menunggu proses pengalihan di lokasi kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN