OSLO – Penggempur utama Norway, Erling Haaland mencipta sensasi apabila meledak lima gol ketika membantu pasukan itu membelasah Moldova 11-1 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.
Kemenangan tersebut memboleh Norway berjaya merekodkan prestasi terbaik pada aksi kelayakan buat kali pertama sejak 1998 apabila mereka ketika ini mengumpul 15 mata selepas mencatat rekod kemenangan bersih lima perlawanan setakat ini.
Skuad kendalian Stale Solbakken itu ketika ini menghuni kedudukan teratas Kumpulan 1 dengan kelebihan enam mata berbanding pencabar utama, Itali ketika juara kumpulan bakal layak secara automatik berbaki lima lagi perlawanan.
Norway membuka tirai jaringan bermula minit keenam menerusi Felix Horn Myhre sebelum Haaland meledak hatrik pada minit ke-11, 37 dan 43, manakala Martin Odegaard menutup babak pertama dengan gol pada masa kecederaan.
Babak kedua menyaksikan Haaland membuka tirai jaringan selepas tujuh minit aksi berlangsung dan melengkapkan gol kelima pada minit ke-83 selain Thelo Aasgard meledak empat gol pada perlawanan itu.
Satu-satunya jaringan yang berjaya diperoleh Moldova pada aksi berkenaan adalah menerusi jaringan sendiri pemain Norway, Leo Ostigard yang tertampan bola ke gawang mereka sendiri. – AGENSI