fbpx
CHARLIE Kirk (kanan) mati ditembak semalam. - Foto ITV News

Jezebel dakwa bayar ahli sihir ‘sumpah’ penyokong kuat Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sebuah penerbitan di Amerika Syarikat (AS) mendakwa membayar beberapa ahli sihir di laman web untuk mengenakan sumpahan terhadap Charlie Kirk yang merupakan pengulas berhaluan kanan dan penyokong kuat Presiden Donald Trump, lapor portal berita Daily Star semalam.

Kirk mati selepas ditembak semalam di Universiti Utah Valley, Orem dalam negeri Utah .

Jezebel iaitu  sebuah organisasi media diasaskan pada tahun 2007 telah menerbitkan artikel pada 8 September lalu berjudul: “Kami membayar beberapa ahli sihir Etsy (laman web ahli sihir) untuk menyumpah Charlie Kirk.”

Dua hari kemudian, Kirk yang berusia 31 tahun meninggal dunia selepas ditembak ketika sedang membincangkan isu tembakan beramai-ramai yang melibatkan transgender di hadapan khalayak di universiti tersebut.

Selepas insiden tembakan itu, Jezebel mengemaskini artikel tersebut dengan Nota Editor: “Artikel ini diterbitkan pada 8 September. Jezebel mengecam insiden tembakan terhadap Charlie Kirk dengan sekeras-kerasnya. Kami tidak menyokong, menggalakkan atau membenarkan sebarang bentuk keganasan politik.”

Seorang jurucakap Universiti Utah Valley berkata, Kirk ditembak oleh seorang suspek yang melepaskan tembakan dari Pusat Losee, kira-kira 183 meter dari tempat tokoh konservatif itu berucap. 

Kirk dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan, keadaannya kritikal, tetapi kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, lapor akhbar New York Post.

Artikel Jezebel bermula dengan menerangkan bagaimana mudahnya membeli sumpahan di internet sama seperti membeli pengecas telefon.

Artikel itu memberitahu: “Di laman mistik Etsy, anda boleh mencari mantera untuk hampir apa sahaja. Tidak mahu hujan pada hari perkahwinan anda? Ada mantera untuk itu. Mahu lelaki yang menipu anda mendapat ruam yang tidak boleh diubati? Atau botak (di peringkat) awal? Ahli sihir Etsy boleh melakukannya.”

Jezebel kemudian menulis: “Adakah anda berminat untuk menghukum Kirk kerana bertahun-tahun menyebarkan retorik regresif kepada belia Amerika dan sesiapa sahaja yang mendengarnya? Di Jezebel, kami ingin tahu sama ada ada mantera untuk itu.”

Penulis yang tidak mendedahkan namanya itu kemudian membincangkan rekod Kirk berkaitan hak wanita dan feminisme dan menulis bagaimana dia menyatakan bahawa wanita Barat lebih sengsara berbanding dahulu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI