fbpx
JAMBATAN Sungai Yangtze Changtai dibuka kepada trafik. – XINHUA

Jambatan kabel penahan terpanjang dibuka kepada lalu lintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Jambatan kabel penahan terpanjang dunia dibuka kepada lalu lintas di wilayah Jiangsu, timur China semalam, lapor akhbar South China Morning Post.

Jambatan Sungai Yangtze Changtai itu menghubungkan bandar  Changzhou dan Taizhou dengan memendekkan masa perjalanan lebih satu jam kepada cuma 20 minit.

Jambatan Sungai Yangtze Changtai memiliki panjang 10.3 kilometer dengan panjang regangan utama 1,208 meter.

Ia juga jambatan rentas sungai tiga dalam satu pertama, menampilkan lebuh raya, jalan biasa dan laluan kereta api pada binaan sama.

Menurut beberapa pegawai, jambatan yang mengambil masa enam tahun untuk disiapkan itu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan laluan di Delta  Yangtze.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Jambatan Russky di Vladivostok, Russia yang memiliki panjang 3.1 kilometer.

Menurut badan penyiaran rasmi CCTV, terdapat kira-kira 150 jambatan di sepanjang kawasan utama Sungai Yangtze. China mahu meningkatkan angka tersebut kepada 240 jambatan menjelang 2035. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI