fbpx
Pasukan Unit Tempur Ringan mengawal keadaan sepanjang operasi di Kampung Sungai Baru, hari ini.

Individu cetus kekecohan di Kampung Sungai Baru ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis menahan beberapa individu susulan insiden rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru di sini, hari ini yang mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kecederaan itu berpunca selepas Sulizmie dibaling objek ketika bertugas mengawal keadaan di lokasi berkenaan.

Katanya, polis telah menahan beberapa individu bagi membantu siasatan berkaitan insiden tersebut.

“Dalam insiden itu (rempuhan), ada beberapa individu yang ditahan dan kes ini akan disiasat mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sulizmie cedera di bahagian kepala semasa rempuhan halangan polis oleh sekumpulan individu yang mendesak untuk ke dalam kawasan operasi terbabit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN