fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda hampir seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, antara negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Cuaca buruk melibatkan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda) dan Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula meliputi seluruh kawasan,” kata MetMalaysia menerusi kenyataan, hari ini.

Turut menerima hujan lebat dan ribut petir ialah beberapa kawasan di Pantai Timur.

“Turut terkesan ialah Terengganu (Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin),” ujar kenyataan sama.

Tidak ketinggalan menurut MetMalaysia, beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

“Hujan lebat juga diramal berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas).

“Sementara di Sabah, ialah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat,” tambah MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN