fbpx
HARRIF

Harrif kemalangan, alami cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Harrif Saleh bertekad bangkit semula selepas mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh pada perlumbaan Tour of Binzhou di China kelmarin.

Insiden itu berlaku sewaktu Harrif menuju kira-kira 400 meter ke garisan penamat sebelum seorang pelumba di hadapannya terbabas dan terjatuh menyebabkan dia tidak sempat mengelak lalu melanggar pesaing berkenaan.

“Ketika itu, saya berada dalam kelompok 10 terbaik dan sudah bersedia untuk melakukan pecutan akhir. Malangnya, seorang pelumba tiba-tiba terbabas di hadapan, ia berlaku terlalu pantas menyebabkan saya tidak sempat mengelak lalu terjatuh bersamanya,” katanya.

Harrif mengakui sedikit ralat dengan insiden yang berlaku sewaktu perlumbaan hampir tamat memandangkan dia ketika itu berada dalam kelompok teratas, namun menganggapnya adat perlumbaan serta berazam untuk bangkit semula pada perlumbaan seterusnya.

“Alhamdulillah, saya hanya cedera ringan. Ini bukan pengakhiran, saya akan terus berjuang membawa nama pasukan dan negara,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood mengesahkan Harrif tidak mengalami kecederaan serius kecuali luka di bahagian muka dan juga sudah pulang ke tanah air bersama pasukan semalam.

Tour of Binzhou berlangsung kelmarin adalah edisi keempat perlumbaan berbasikal jalan raya antarabangsa kategori 1.1 yang menghimpunkan pelumba profesional dari seluruh dunia.

TSG turut menyertai Tour of Shanghai dari 5 hingga 7 September lalu dengan pelumba mereka, Vadim Pronskiy diangkat sebagai Pelumba Asia Terbaik pada saingan peringkat kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI