fbpx
KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan lori tangki membawa makanan haiwan di Batu 5 Jalan Ayer Hitam - Yong Peng, Batu Pahat pagi tadi.

Dua warga emas maut, Proton Saga rempuh lori tangki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Dua lelaki warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki membawa makanan haiwan di Batu 5, Jalan Ayer Hiram – Yong Peng pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Khirdir Kamaludin berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 8.43 pagi melibatkan sebuah kereta Proton Saga dinaiki mangsa berusia 60 dan 63 tahun dengan sebuah lori tangki.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati benar kejadian melibatkan kedua-dua kenderaan dengan kedua-dua warga emas tidak tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Anggota kemudiannya melakukan tugas mengeluarkan kedua-duanya mangsa namun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak ambulan yang datang membantu.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN