fbpx
Keadaan kebakaran sebuah rumah teres di Kampung Sri Indah A, Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Dua beranak rentung rumah terbakar di Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Dua beranak maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Sri Indah A, Sungai Buloh, di sini awal pagi tadi.

Mangsa Kaw Sing Chai, 94, dan anaknya Kaw Swee Fatt, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 12.50 malam.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat yang terbakar 80 peratus.

“Dua mangsa lelaki ditemui rentung di dalam bilik dan tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran turut melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Perodua Kancil.

Katanya, komander operasi melaporkan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 3.40 pagi dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kedua-dua mangsa akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya selepas siasatan oleh pihak forensik dilakukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI