fbpx
ESTEVAO (kiri) gagal membantu Brazil daripada mengelak kekalahan pertama kepada Bolivia dalam tempoh enam tahun - AFP

Brazil alami kempen kelayakan terburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EL ATO, Bolivia – Brazil terpaksa menelan hakikat perit menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan dengan rekod terburuk dalam sejarah juara dunia lima kali itu.

Selecao tewas mengejut 0-1 kepada Bolivia di Stadium El Alto semalam, sekali gus menyaksikan mereka menduduki tangga kelima dengan 28 mata daripada keseluruhan 18 perlawanan.

Menerusi lapan kemenangan, empat seri dan enam kekalahan, ini adalah kali pertama Brazil mengutip kurang daripada 30 mata dalam kempen kelayakan zon Amerika Selatan, lebih-lebih lagi dengan format round robin 10 pasukan yang diperkenalkan sejak 1996.

Kempen terburuk pernah dicatat Brazil sebelum ini adalah tempat ketiga dengan 30 mata hasil sembilan kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan pada kelayakan Piala Dunia 2022.

Brazil berpeluang meraih keputusan yang lebih bagus tetapi tindakan pengendalinya, Carlo Ancelotti merombak hampir keseluruhan kesebelasan utama menentang Bolivia semalam menjadi salah satu punca kekalahan.

Ia terbukti apabila Bolivia dilihat lebih tajam dengan 23 percubaan berbanding hanya 10 dimiliki Brazil sehinggakan terhasilnya satu jaringan menerusi sepakan penalti Miguel Terceros di penghujung babak pertama.

Bersambung babak kedua, Ancelotti membawa masuk ramai pemain serangan seperti Raphinha, Joao Pedro dan Estevao, namun masih gagal merobohkan benteng pertahanan Ecuador sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan kali pertama ke atas Brazil sejak 2019 itu membolehkan Bolivia menyambar tiket playoff dalam percubaan mereka kembali ke pentas Piala Dunia selepas kali terakhir beraksi pada edisi 1994. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN