fbpx
RAMAI berharap suatu hari nanti manusia boleh merentas masa untuk mengubah kesalahan silam. - GAMBAR HIASAN

Benarkah wujud pengembaraan masa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pada 1905, saintis Albert Einstein memperkenalkan satu teori yang mengubah pemahaman manusia terhadap masa dan ruang.

Teori relativiti khas bukan sahaja menjadi asas kepada fizik moden, tetapi turut mencetuskan persoalan yang belum terjawab.

Adakah pengembaraan masa benar-benar wujud?

Idea ini bukan sekadar fantasi atau jalan cerita drama bersiri sains fiksyen, ia berakar daripada tafsiran serius terhadap fizik teoritikal.

Teorinya, masa bukanlah satu konsep mutlak tetapi boleh berubah bergantung kepada kelajuan pergerakan dan tarikan graviti.

Maka dari situlah terbit harapan bahawa suatu hari nanti manusia mungkin boleh merentas masa.

Harapan ini selari dengan fitrah kecenderungan manusia untuk menoleh ke belakang bagi menginsafi keputusan silam.

Ia selari dengan fitrah manusia yang sentiasa sangat ingin tahu tentang masa depan supaya dapat membuat keputusan yang tepat.

Bagaimanapun, sudah lebih satu abad berlalu sejak Einstein membuka pintu perbincangan tentang kelenturan masa.

Selepas 120 tahun, tiada mesin pengembaraan masa telah tercipta kecuali dalam imiginasi filem fiksyen sains.

Pengembaraan masa atau dalam bahasa Inggeris ‘time travel’ masih tersangat mustahil dengan kebijakan sedia ada.

Manusia tetap bergantung kepada pengalaman, data dan kebarangkalian untuk jangkaan masa depan yang belum terlihat.

Satu-satunya pengembaraan masa yang boleh dinikmati adalah melalui skrin televisyen atau panggung wayang.

Para saintis tetap terikat dengan hukum fizik yang ketat serta keterbatasan teknologi yang belum mampu menjinakkan masa.

Seorang profesor fizik dari Amerika Syarikat, Ronald Mallett pernah mengemukakan idea untuk membina mesin masa.

Menurut beliau, partikel kecil mungkin boleh bergerak ke masa lalu melalui ruang-masa yang diputar berdasarkan kajiannya.

Jika laser diarahkan untuk berputar dalam satu bulatan berterusan, ia boleh menghasilkan medan graviti yang mampu memutar masa.

Akan tetapi mesin masa Mallett masih belum terbina dan teorinya kekal dalam bentuk hipotesis serta kajian matematik.

Mallett masih menaruh harapan ia mampu direalisasikan meskipun ramai ahli fizik lain bersikap skeptikal terhadap teorinya.

“Saya mempunyai perasaan kerja saya akan membuktikan pengembaraan masa sebagai satu kemungkinan sebenar.

“Generasi akan datang dapat menggunakan ini untuk mengawal masa dan takdir kita,” katanya seperti dilaporkan media luar negara baru-baru ini.

Seorang tukang paip warga Indonesia tertawa apabila penulis berkongsikan kisah Mallett dan pengembaraan masa kepadanya.

Kata lelaki berusia 30an itu, jika benar wujud mesin pengembaraan masa, rakyat negaranya tentu yang paling gembira dalam dunia.

“Kalau betul ada mesin masa boleh elak demonstrasi. Boleh pilih ahli Dewan Perwakilan Rakyat yang benar bagus,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN