Ikan siakap putih atau dikenali di peringkat antarabangsa sebagai barramundi merupakan spesies ikan predator yang menjadi buruan ramai pemancing. Salah satu hotspot ikan ini adalah di Papua Barat, Indonesia. Kejayaan pengembaraan pertama memburu ikan black bass di perairan Kaimana sangat menggamit memori dan menimbulkan rasa rindu untuk bertandang lagi ke bumi Papua Barat, Indonesia. Walaupun di Malaysia terdapat banyak sungai yang berpotensi untuk memburu siakap putih liar, saya secara peribadi ingin memburu trofi bersaiz mega untuk dijadikan kenangan seumur hidup.……