KOTA KINABALU – Seorang suri rumah didenda RM10,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memuat naik kenyataan palsu di laman sosial Facebook yang mengaitkan anak-anak tokoh terkenal dengan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Asmaziah Sedek (gambar), 32, mengaku membuat hantaran tersebut pada 29 Julai tahun ini melalui profil Facebook menggunakan nama “Ash Qiey”.
Asmaziah didakwa di hadapan Hakim Marlina Ibrahim mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) aktAsmazi yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Undang-undang juga membenarkan denda tambahan sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.-KOSMO! ONLINE.