fbpx
Hamil anak kedua, Syasya seperti memberi bayangan dia kini mengandung anak kembar.

Akhirnya sah nombor dua, Syasya Rizal hamil anak kembar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum setahun menimang cahaya mata pertama, penyanyi Syasya Rizal akhirnya mengumumkan dia kini hamil anak kedua hari ini.

Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, berkongsi berita gembira tersebut dalam sebuah video Instagram dengan meletupkan konfeti bersama suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie.

Paling mencuri perhatian apabila bekas anggota kumpulan Dolla itu meletupkan dua warna konfeti iaitu merah jambu dan biru sekali gus mengundang tanda tanya sama ada bayi dalam kandungannya adalah kembar.

“Hati warna merah jambu dan biru,” katanya ringkas dalam ruangan kapsyen.

Syasya dan suami bagaimanapun tidak berkongsi usia kandungannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

“Kembar? Apa pun tahniah Syasya!

“Sudah agak dia hamil, Alhamdulillah kalau kembar!” komen netizen.

Sebelum ini, Syasya menuai perhatian ramai apabila dikatakan hamil anak kedua selepas terlihat ‘baby bump’ dalam beberapa video yang dikongsinya.

Terdahulu, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah pada 20 April 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN