fbpx
Gambar hiasan

Wanita tegur murid rebut pemadam disangka cuba culik budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pihak polis menafikan berlaku cubaan culik seorang murid lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Ayer Keroh seperti yang tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan, dakwaan tersebut hanyalah salah faham yang berlaku atas tindakan seorang wanita menegur murid terbabit kerana berebutkan pemadam.

Katanya, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat ibu murid tersebut berusia 28 tahun menyatakan pemandu van sekolah anaknya terlihat seorang wanita tidak dikenali menghampiri kanak-kanak itu di kawasan luar sekolah.

“Kejadian tersebut telah menimbulkan salah faham dan kebimbangan pengadu sehingga laporan polis dibuat kerana disyaki ia adalah cubaan culik.

“Kes itu turut tular di aplikasi WhatsApp dan pada pukul 4.27 petang seorang wanita berusia 44 tahun telah tampil membuat laporan polis apabila mendapati dakwaan tersebut merupakan salah faham berkaitan dirinya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, wanita terbabit menjelaskan pada waktu dan hari kejadian dia telah ke sekolah untuk menjemput anaknya pulang dan secara tidak sengaja berjalan beriringan dengan anak pengadu sehingga ke luar sekolah.

“Ia adalah salah faham kejadian kecil apabila wanita itu menegur anak pengadu selepas melihat dia berebut getah pemadam dengan rakan sekelasnya.

“Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini malah kedua-dua pihak telah hadir ke Balai Polis Ayer Keroh dan bersetuju bahawa ini adalah salah faham, kes dianggap selesai,” ujarnya.

Tambahnya, pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keselamatan dan ketenteraman, sebaliknya perlulah dirujuk terlebih dahulu kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN