fbpx
KEPULAN asap naik ke udara akibat serangan Israel di Doha semalam. - Foto AFP

Trump tidak setuju Israel serang Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Serangan Israel terhadap pegawai-pegawai Hamas di Doha, Qatar dianggap White House sebagai satu insiden malang, lapor laman berita Middle East Monitor semalam.

Ia turut menyatakan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak bersetuju dengan lokasi serangan itu dan telah menyampaikan perkara tersebut secara langsung kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lapor agensi berita Anadolu.

“Pagi ini (semalam), pentadbiran Trump telah dimaklumkan oleh tentera AS bahawa ketika Israel menyerang Hamas, malangnya (pegawai-pegawai Hamas) berada di sebuah kawasan di Doha, ibu negara Qatar. 

“Melancarkan pengeboman secara sebelah pihak di dalam Qatar, sebuah negara berdaulat dan sekutu rapat AS yang sedang berusaha keras serta berani mengambil risiko bersama kami untuk menjadi pengantara keamanan, tidak membantu matlamat Israel mahupun Amerika,” kata jurucakap White House, Karoline Leavitt dalam satu sidang akhbar.

Leavitt berkata, walaupun menghapuskan Hamas kekal sebagai satu matlamat, Trump menganggap Qatar sebagai sekutu dan sahabat kuat Amerika dan berasa sangat kesal dengan lokasi serangan itu.

Beliau berkata, Trump telah mengarahkan Duta Khas, Steven Witkoff untuk memaklumkan pegawai Qatar mengenai serangan yang bakal berlaku dan turut bercakap sendiri dengan pemimpin negara tersebut selepas itu.

“Trump turut memberi jaminan bahawa insiden sebegitu tidak akan berulang di Qatar,” kata Leavitt. 

Namun, Kementerian Luar Qatar menafikan bahawa negara Teluk itu dimaklumkan lebih awal mengenai serangan Israel.

Tentera Israel berkata, mereka melancarkan serangan tepat yang menyasarkan kepimpinan tertinggi kumpulan Hamas di ibu negara Qatar.

Qatar mengecam keras serangan itu sebagai pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan ancaman terhadap kedaulatan serta keselamatannya. 

Negara Teluk itu, bersama Mesir dan AS sedang mengetuai usaha menjadi pengantara antara Israel dengan Hamas bagi mencapai gencatan senjata di Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN