fbpx
Gambar menunjukkan Mahkamah Rakyat Pudong di Shanghai. - AFP

Tidak setuju nama anak punca bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sepasang suami isteri di China nekad untuk bercerai selepas gagal mencapai persetujuan untuk memberi nama kepada anak mereka sehinggakan kanak-kanak itu tidak mendapat sijil kelahiran, lapor laman berita Oddity Central. 

Mahkamah Rakyat Pudong di Shanghai baru-baru ini membicarakan kes perceraian melibatkan pasangan tersebut yang mendaftarkan perkahwinan mereka pada 2023 dan dikurniakan seorang bayi lelaki pada tahun berikutnya. 

Pasangan itu mahu bercerai selepas kedua-dua pihak bertegas untuk menamakan anak mengikut pilihan masing-masing. 

Bukti yang dikemukakan di mahkamah menunjukkan pasangan terbabit pergi ke hospital secara berasingan untuk mendaftarkan nama pilihan anak mereka, namun ditolak kerana tidak mematuhi peraturan.

“Kanak-kanak itu berumur lebih satu tahun tetapi dia masih belum mempunyai sijil kelahiran. Dia tidak boleh mengisi pendaftaran isi rumahnya, malah menerima vaksinasi pun sukar,” kata hakim yang mengetuai kes itu.

Bagi melindungi hak asasi kanak-kanak tersebut, mahkamah mengeluarkan ‘Notis Penjagaan Kanak-Kanak Kecil’ yang mengarahkan ibu bapanya bekerjasama dalam mendapatkan sijil kelahiran dalam tempoh masa yang ditetapkan. 

Namun, mereka bertengkar mengenai hak penjagaan.

Mahkamah memutuskan agar sijil kelahiran asal disimpan oleh mereka sebelum diserahkan kepada si ibu untuk tujuan pendaftaran isi rumah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN