fbpx
Keadaan kawasan hotel penginapan Shuhada bersama keluarga di Dempasar, Bali selepas hujan lebat berterusan dan banjir.

[VIDEO] Terlepas bot punca terkandas banjir di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang merupakan rakyat Malaysia berdepan detik cemas apabila terkandas di Dempasar, Bali di Indonesia selepas dilanda hujan lebat berterusan sejak dua hari yang lalu mengakibatkan banjir teruk.

Menerusi perkongsian di TikTok, Wan Nur Shuhada, 30, berkata, dia bersama keluarga terkandas di sebuah hotel akibat banjir dan hujan lebat berterusan sejak semalam membuatkan keluarganya terlepas bot.

“Sejak hari Isnin, memang hujan tapi renyai sahaja. Cuma sejak malam semalam, baru hujan lebat sehingga air naik pukul 5 pagi tadi.

“Sepatutnya kami perlu naik bot untuk bergerak ke Gili Trawangan dan kemudian ke Lombok, tetapi sebabkan hujan lebat dan banjir, kami terlepas bot.

“Pukul 2 petang tadi baru banjir mula surut dan cuaca pun semakin cerah. Risau cuaca buruk, jadi kami pun sudah mula bersiap sekarang untuk beredar petang ini,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang menasihatkan untuk berhati-hati di negara jiran tersebut terutamanya dalam cuaca tidak menentu ini.

“Takut terkena di negara orang, kalau tempat sendiri tak apalah juga. Semoga dipermudahkan urusan,” kata @Lynn.

“Kalau nak bercuti ke Indonesia, lebih baik diantara bulan Mei hingga pertengahan bulan Ogos. Sebab akhir bulan Ogos ke awal tahun memang biasanya hujan lebat,” komen @lorian_. – KOSMO! ONLINE

@wnurshuhada 10/9/2025 Terkandas di Denpasar Bali, Indonesia.. tiba2 hujan berterusan. air naik tinggi pagi ni #bali #banjirbali ♬ original sound – Matcha Bae 💚

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN