fbpx
ZII JIA masih tercari-cari rentak sebenar selepas berehat lebih lima bulan sebelum ini. - AFP

Terbuka Hong Kong: Zii Jia terus dirundung malang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malang terus menimpa perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia selepas terus terkandas di pusingan awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada aksi pusingan pertama di Hong Kong Coliseum sebentar tadi, bekas juara All England itu terpaksa akur tewas 16-21, 16-21 kepada rakan senegara, Leong Jun Hao.

Aksi ditampilkan Zii Jia sepanjang perlawanan itu jelas menunjukkan dia masih belum berada pada prestasi terbaik apabila banyak melakukan kesilapan mudah.

Selain itu, Jun Hao juga menampilkan aksi lebih baik apabila berjaya menguasai sebahagian besar permainan sebelum melengkapkan kemenangan dalam tempoh 40 minit.

Terbuka Hong Kong merupakan kejohanan kedua disertai Zii Jia sejak kembali daripada rehat panjang selepas mengalami kecederaan buku lali ketika menyertai All England Mac lalu.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia di pusingan pertama selepas turut mengalaminya pada Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu.

Sementara itu, Jun Hao akan bertemu sama ada pemain Perancis, Toma Junior Popov ataupun rakan sepasukan, Justin Hoh di pusingan kedua nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN