fbpx
TANG JIE (kanan) dan Ee Wei akan menerima RM40,000 setiap seorang selepas pengumuman terbaharu dibuat Hannah hari ini. - AFP

Tang Jie-Ee Wei dapat ‘durian runtuh’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan akan menaikkan empat kali ganda insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) yang diraih beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Menerusi perkembangan terbaharu itu, juara dunia tersebut akan menerima RM80,000 berbanding RM20,000 yang diumumkan pada peringkat awal sebelum ini.

Hannah berkata, insentif khas tersebut diberikan secara ‘one-off’ memandangkan Tang Jie-Ee Wei melakar sejarah tersendiri selepas menjadi beregu campuran pertama negara bergelar juara dunia.

“Dalam kadar ganjaran Majlis Sukan Negara (MSN) selama ini mempunyai kadar berbeza bagi Kejohanan Dunia. Kejohanan Badminton Dunia berlangsung setahun sekali, jadi ganjarannya RM20,000 untuk pingat emas.

“Mengambil kira Tang Jie-Ee Wei dan Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) mencipta rekod memenangi pingat di Kejohanan Dunia, kita buat keputusan untuk memberikan insentif khas kepada mereka.

“Tang Jie-Ee Wei akan menerima RM40,000 setiap seorang sementara Pearly-Thinaah meraih RM20,000 setiap seorang,” katanya ketika menyambut ketibaan skuad wushu negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pearly dan Thinaah turut tersenarai bagi menerima insentif khas tersebut selepas merangkul pingat perak pada Kejohanan Dunia yang berlangsung di Paris, Perancis itu.

Pada aksi final yang berlangsung 31 Ogos lalu, Tang Jie-Ee Wei meraih gelaran dunia pertama mereka selepas menewaskan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15, 21-14.

Sementara itu, hasrat Pearly-Thinaah untuk mengikut jejak langkah Tang Jie-Ee Wei tidak tertunai apabila tewas 14-21, 22-20, 17-21 kepada pilihan utama dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI