fbpx
Keadaan insiden letupan di Doha, semalam. - Foto ABC News

‘Syukur sempat ambil anak sekolah sebelum bom meletup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Alhamdulillah kami di Qatar selamat, cuma terkejut sebab dengar bunyi bom meletup petang (semalam) waktu Qatar.”

Demikian kata seorang rakyat Malaysia, Aida Haryanti berhubung insiden serangan Israel yang menyasarkan rumah beberapa anggota biro politik Hamas yang menetap di negara Teluk itu.

Menurut Aida, ketika kejadian, baru sahaja pulang dari mengambil anaknya di sekolah dan sudah berada di rumah.

“Syukur dah ambil anak dari sekolah dan masa kejadian dah ada kat rumah.

“Bangunan yang kena bom itu dekat dengan bangunan kedutaan dan sekolah antarabangsa termasuk sekolah anak. Doakan kami, moga Allah lindung kami semua di sini,” katanya dalam hantaran di laman Threads.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri Qatar mengesahkan kejadian letupan yang berlaku di Legtaifiya, Doha adalah serangan rejim Israel ke atas pejabat pemimpin Hamas.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha dilaporkan berkata, setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia yang berada di Qatar dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga, mengelakkan kawasan kejadian serta mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih.

Setakat ini, Hamas mengesahkan bahawa lima anggotanya terbunuh dalam serangan terbabit.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Qatar dilaporkan berkata, seorang anggota Pasukan Keselamatan Dalam Negerinya terbunuh, manakala yang lain cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN