fbpx
Sombr menang trofi Moonman pertamanya menerusi single Back to Friends kategori Alternatif Terbaik pada MTV VMA 2025 baru-baru ini.

Sombr menang ‘Moonman’ pertama, curi tumpuan di VMA 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FENOMENA sensasi alt-pop global, sombr, hadir dengan album debutnya yang sangat dinanti-nantikan ramai peminat seluruh dunia, I Barely Know Her.

Diluncurkan pada 22 Ogos menerusi Warner Records, I Barely Know Her dijangka melonjakkan nama penyanyi berusia 20 tahun ini ke status ‘superstardom’  susulan kejayaan luar biasa sepanjang 2025 dengan rekod carta yang memecahkan pelbagai pencapaian bagi artis pendatang baharu, serta siri jelajah konsert utama dan arena yang habis terjual.

Bukan calang-calang, I Barely Know Her ditulis sepenuhnya oleh sombr dan diterbitkan bersama penerbit legenda yang disegani, Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).

Debut

Lebih menarik, album dilancarkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara sombr bermula dan boleh dipra-simpan di pelantar penstriman utama.

Pada usia 19 tahun, penyanyi dan penulis lagu, sombr muncul sebagai salah satu nama paling menyerlah dalam dunia muzik global.

Bermula dengan merakamkan lagu di bilik tidur sehingga kini menjayakan persembahan ‘sold out’, artis kelahiran New York ini telah mencapai pelbagai kejayaan yang menjadi aspirasi ramai pemuzik muda.

sombr, atau nama sebenarnya Shane, mula mendapat perhatian dunia dengan single debutnya Caroline, yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama dan kini melepasi 38 juta strim di Spotify.

Karya-karya lain yang turut mendapat sambutan termasuk Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim).

Menang VMA pertama

Pada 2025, perjalanan seni sombr sampai ke titik tertinggi selepas dipilih dalam senarai berprestij Billboard 21 Under 21, yang mengiktiraf artis muda paling berpengaruh dalam membentuk masa depan industri muzik.

Senarai ini menonjolkan kehadiran sombr di peringkat global, keupayaannya menyentuh hati peminat melalui penulisan lagu yang penuh emosi, serta kejayaan strim yang mengagumkan untuk pelbagai lagu yang diluncurkan.

Mengukuhkan lagi momentum tersebut, sombr baru-baru ini memenangi trofi MTV VMA 2025 menerusi kategori Video Alternatif Terbaik (Back to Friends) sekali gus mengukir satu pencapaian meletakkannya sebaris dengan bakat muda paling disebut-sebut tahun ini.

“Menang trofi VMA. Tiada kata mampu ungkap apa saya rasa sekarang. Saya sayang semua. Ini baru permulaan buat saya,” coretnya menerusi Instagram.

Pada acara tersebut, sombr juga menghipnosis audiens menerusi persembahan medley lagu popularnya, Back to Friends dan single terbaharu, 12 to 12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN