fbpx
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup di atas kapal terbabit ketika serangan dron berlaku di Tunisia semalam.

Serangan dron kedua ke atas kapal Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu lagi serangan dron ke atas sebuah kapal Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berlaku di perairan Tunisia malam tadi.

Kejadian kira-kira 11.21 malam itu menyebabkan kebakaran dan kerosakan pada kapal terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Difahamkan kapal itu dinaiki adik Ketua Pe­gawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman iaitu Pengasas Cinta Salam Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman.

Menerusi klip video dimuat naik di Facebook Media Alkhair Malaysia, serangan tersebut membabitkan sebuah kapal Alma.

Menurut salah seorang peserta dikenali Cosme, kejadian berlaku ketika dia memulakan syif malam sebelum terdengar bunyi pelik di sebelah barat kira-kira pukul 11.15 malam.

“Dron itu kemudian jatuh di atas bahagian atas dek kapal dengan bahan mudah terbakar.

“Keadaan bertukar kecoh dan kami segera padamkan api serta semua orang selamat,” katanya.

Sebelum ini, GSF mengesahkan salah sebuah bot utama dikenali sebagai ‘Family Boat’ yang membawa ahli Jawatankuasa Pemandu telah diserang oleh sebuah dron di perairan Tunisia.

GSF dalam kenyataannya berkata, bot tersebut berlayar di bawah bendera Portugal dan kesemua enam penumpang serta kru berada dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN