PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta angin kencang di lima buah negeri pada pagi ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh negeri Pulau Pinang serta Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
”Hujan lebat juga tertumpu sekitar Besut, Terengganu manakala, di Sabah membabitkan Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) serta Sarawak (Sandakan dan Kudat),” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE