fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat hampir seluruh negara malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, menerusi satu kenyataan, negeri yang terjejas adalah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan.

“Antara kawasan terjejas adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak dan Gua Musang di Kelantan.

“Selain itu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu, Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin di Pahang dan Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor,” ujarnya.

Antara kawasan lain yang terbabit dalam cuaca buruk itu adalah seluruh kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Jempol sehingga pukul 9 malam ini.

Seterusnya, kawasan yang juga dijangka akan terkesan di Johor adalah Batu Pahat dan Kluang, manakala Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Amaran turut dikeluarkan untuk kawasan di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) dan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN