fbpx
Gambar hiasan.

Rasuah DBKL: Penempatan, tugasan pegawai kanan diselaraskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius berhubung penahanan seorang pegawai kanannya yang disyaki terlibat rasuah.

DBKL dalam kenyataan berkata, siasatan kini sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Sementara siasatan dijalankan, penempatan dan tugasan pegawai yang terlibat telah diselaraskan bagi memastikan urusan pentadbiran harian kekal lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah DBKL, pihaknya komited untuk memastikan setiap urusan pentadbiran dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan berintegriti.

Sebelum ini, media melaporkan empat individu ditahan termasuk pegawai kanan DBKL gred Jusa B, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan perolehan projek teknologi maklumat (IT).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, sebanyak 37 akaun bank dibekukan membabitkan RM17.5 juta.

Menurut Azam, dana itu membabitkan 11 akaun peribadi, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN