fbpx
Zambry bercakap pada sesi dialog sempena Program Karisma Antarabangsa: Kenegaraan Malaysia Madani di Kementerian Pendidikan Tinggi, hari ini.

Rakyat perlu waspada, jangan politikkan isu pelajar cemerlang STPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengingatkan semua pihak supaya lebih berwaspada dan tidak mempolitikkan isu pendidikan tinggi terutamanya melibatkan seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Beliau juga khuatir sekiranya isu tersebut secara terus menerus dipolemikkan, ia akan memberi kesan terhadap emosi pelajar berkenaan.

“Sering kali saya sebutkan bahawa ini adalah soal anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran. Saya tidak mahu menjadikan ia sebagai satu isu permainan politik oleh mana-mana pihak. Dan saya sebutkan juga berkali-kali jika ada masalah, kita ada proses rayuan.

“Saya harap usah kita (panjangkan isu), cukuplah, berpada-pada lah. Saya faham ada yang nak membangkitkan (isu), tak apa kita faham,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Karisma Antarabangsa: Kenegaraan Malaysia Madani, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pihaknya juga terbuka untuk mengambil perhatian sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam proses kemasukan pelajar ke universiti awam.

“Kita terbuka untuk melihat kalau ada kesilapan teknikal atau pun kekurangan. Namun, untuk membuat tuduhan-tuduhan bahawa sistem ini rosak dan sebagainya, kita sendiri tahu, orang yang bercakap tentang sistem rosak ini, dia pernah berada di situ.

“Sistem ini telah dilaksanakan selama ini dan kita sering kali perbaiki dari masa ke semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN