fbpx
Poster tidak benar mengenai tarikh-tarikh penting PRU Sabah ke-17 yang tular di media sosial.

Poster tarikh PRU Sabah ke-17 tular adalah palsu – SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa poster memaparkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 yang tular di media sosial adalah palsu dan tidak benar.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenai pembubaran DUN Sabah mahupun penetapan tarikh penting PRU berkenaan.

“Maklumat mengenai pilihan raya termasuk tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari mengundi hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi SPR iaitu laman portal rasmi SPR, sidang media dan kenyataan media.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan penyebaran maklumat palsu seumpama itu adalah tidak bertanggungjawab kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebar, berkongsi atau menerbitkan maklumat palsu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta undang-undang lain yang berkaitan.

“SPR menyeru orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat yang tidak sahih. Dapatkan maklumat tepat hanya daripada saluran rasmi SPR,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN