fbpx
Gambar hiasan.

Pesakit bayar RM10 untuk dialisis, kerajaan tanggung subsidi RM1,630.50 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini menanggung subsidi sehingga RM1,630.50 sebulan bagi kos rawatan dialisis bagi seorang pesakit kurang berkemampuan.

Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, subsidi itu meliputi rawatan hemodialisis yang dijalankan di 138 pusat dialisis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diiktiraf KKM.

Jelas beliau, dengan pemberian subsidi tersebut, seorang pesakit hanya perlu menanggung kos tidak melebihi RM10 sebulan.

“Subsidi diberikan RM100 bagi setiap rawatan hemodialisis, sehingga maksimum 14 kali sebulan serta suntikan eritropoietin bernilai RM18.50 untuk setiap suntikan sehingga 13 kali sebulan.

“Kos keseluruhan rawatan seorang pesakit berjumlah RM1,640.50 manakala subsidi kerajaan menampung RM1,630.50.

“Kelulusan subsidi itu diberikan selama dua tahun dan boleh mohon diperbaharui kelulusan bantuan selepas tamat tempoh,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Prof Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang bertanya mengenai pelan jangka panjang KKM untuk mengawal peningkatan kos rawatan dialisis, mengurangkan beban pesakit B40 serta mengoptimumkan penggunaan peruntukan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI