fbpx
TONALI (dua dari kiri) meraikan jaringan kemenangannya bersama rakan sepasukan dalam aksi kelayakan Piala Dunia awal pagi semalam. - AFP

Perlawanan paling ‘gila’ Itali – Gattuso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DEBRECEN, Hungary – Pengendali Itali, Gennaro Gattuso mengakui tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan meskipun melakar kemenangan dramatik 5-4 ke atas Israel pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi semalam.

Pada aksi di gelanggang berkecuali itu, skuad The Azzurri terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum melakar kemenangan hasil penyudah berganda daripada Moise Kean dan satu lagi jaringan disumbangkan oleh Matteo Politano, Giacomo Rapadori dan Sandro Tonali.

Menurut Gattuso, aksi tersebut ‘cukup gila’ apabila benteng pertahanan mudah dibolosi termasuk dua jaringan sendiri yang dilakukan oleh Manuel Locatelli dan Alessandro Bastoni.

“Ini perlawanan paling gila pernah saya harungi sebagai jurulatih. Saya tidak mahu salahkan pemain tetapi mungkin taktikal saya tidak menjadi terutama ketika melakukan serangan.

“Pasukan lawan pula sentiasa bersedia untuk melakukan serangan balas pantas dan kami dihukum kerana kelonggaran di benteng pertahanan apabila melepaskan banyak gol pada aksi kali ini,” katanya.

Sementara itu, Kean sangat gembira dapat membantu pasukan melakar kemenangan selain mengakui cukup serasi bersama Mateo Retegui di posisi serangan.

“Saya sangat selesa bersama Retegui untuk memacu jentera serangan pasukan kerana kami saling memahami dan bekerja keras. Harap kita dapat teruskan momentum pada aksi antarabangsa akan datang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN