SEGAMAT – Daerah Segamat sekali lagi digemparkan dengan gegaran gempa bumi lemah kira-kira pukul 12.25 tengah hari tadi.
Menurut seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Zera, gegaran kali ini juga mengejutkan selepas kira-kira 10 hari tidak mengalami bencana alam itu.
Selain itu, beberapa kawasan di sekitar Segamat seperti Buloh Kasap, Kampung Tengah serta Kampung Bumbun juga mengalami gegaran berkenaan.
Terdapat juga kawasan yang tidak merasai gegaran mengejutkan tengah hari ini seperti Kampung Lubuk Batu, Kampung Batu Badak dan Gemereh.
Sementara itu, Jabatan Meterologi (MetMalaysia) belum lagi mengesahkan kejadian gegaran gempa bumi yang berlaku sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE