fbpx
Mohd. Haikal Affendy menunjukkan tapak kaki harimau yang ditemui ketika mengambil buah sawit di ladang sawitnya di Kampung Ulu Kuang, Chemor semalam. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

Penduduk Kampung Ulu Kuang bimbang kehadiran harimau belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kemunculan harimau belang di Kampung Ulu Kuang, Chemor dekat sini menimbulkan kebimbangan penduduk yang gusar terhadap keselamatan mereka.

Gangguan tersebut bukan kali pertama berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dengan puluhan haiwan ternakan mati akibat dibaham haiwan buas itu.

Seorang pekerja sawit, Mohd. Haikal Affendy Mohd. Ruslan, 28, berkata, dia bukan sahaja menemui kesan tapak kaki malah pernah terserempak haiwan pemangsa itu secara berdepan.

“Pertama kali saya jumpa kesan tapak kaki pada November tahun lepas. Tahun ini pula, saya sudah dua kali terserempak dengan harimau iaitu pada Januari lalu dan terbaharu pada Jumaat lepas.

“Kali pertama terserempak ketika dalam perjalanan pulang dari kebun selepas habis kerja. Ketika itu saya ternampak anak harimau berlari, saya pun terus lari sebab takut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, dalam insiden pada Jumaat lalu, dia turut menjumpai kesan tapak kaki sebelum terhidu bau hamis yang cukup kuat.

Seorang pemilik kebun durian, Abdul Hadi Azruddin, 26, berkata, setakat ini dia belum pernah berdepan dengan haiwan itu sebaliknya hanya menjumpai tapak kaki dan mendengar bunyi ‘seretan’ pada pagar zink kebun.

Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Kuang, Hamdan Ishak berkata, jika sebelum ini gangguan binatang buas hanya berlaku di dalam atau di pinggir hutan, kini haiwan itu semakin berani apabila muncul di jalan raya dan menceroboh kawasan kampung.

Malah katanya, haiwan tersebut juga pernah berada hampir dengan rumah penduduk dan melintas di hadapan kediaman mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN